Idiot

“ARE YOU AN IDIOT?”

Seorang lelaki Singapura pelik melihat rakyat Malaysia tumbangkan Najib …

Orang Malaysia sering menghina negaranya sendiri dan suka membandingkan negaranya dengan Singapura.

Saya mahu bertanya … “Are you an idiot?”

Singapore bukanlah a ‘welfare state’ !!
Sedangkan di zaman Najib dengan GST collection, sampai ke Nelayan dapat bantuan.
Mungkin kalian akan mengatakan, itu salah mereka kerana mereka malas.

“Are you an idiot?”

Semua negara yang mengamalkan demokrasi pasti ada rakyat yang akan ketinggalan.
Tahukah anda bahawa di Singapura juga kami mempunyai warga tua yang berumur 70-80 tahun yang masih bekerja mengumpul ‘cardboard’, ‘canned drinks’, ‘old newspaper’ hanya untuk menyara hidup mereka?

Malay, chinese or indian and eurasian, ada di kalangan mereka juga tidak mempunyai rumah.
Tahukah anda bahawa kami juga banyak kali ditipu oleh kerajaan kami sendiri?

Kami dijanjikan yang kami akan mendapat wang simpanan CPF (seperti EPF/KWSP) apabila kami berusia 55 tahun. Tetapai mereka ubah undang-undang dan menetapkan umur 63 tahun baru dapat wang kami semula. Yang terkini had umur ditukar lagi, naik kepada umur 65 tahun.

“Kenapa mereka naikkan had umur?”

Kerana kerajaan Singapura mengguna wang CPF kami untuk melabur, dijaga oleh Temasek Holding (seperti Khazanah Holdings jika di Malaysia) mereka kerugian hampir mencecah SGD$ 55 billion pada waktu itu.

Kenapa rugi? Kerana di zaman Najib ketika ekonomi Malaysia meningkat, ekonomi Singapura pula menurun. Ramai pelabur memilih Malaysia berbanding Singapura.

Tahukah anda, ketika di zaman Najib, faedah EPF kalian adalah 8% dan selepas itu sedikit menurun ke 5% (kalau tak silap saya, betulkan jika salah) setiap tahun?
Kami di Singapura, kadar faedah CPF setiap tahun hanya 2.4%. Kadar faedah ini sudah 20 tahun tidak pernah berubah.

“Banyak bukan?”

Jika anda menggunakan wang CPF anda sendiri untuk membiayai kos membeli rumah, anda akan dicaj dengan kadar faedah tertentu hanya kerana menggunakan wang anda sendiri. “Masuk akal tak?”

“Are you an idiot?”

Singapore kaya dan moden. Ya mungkin itu betul. Rakyatnya membangunkan Singapura tetapi siapa yang kaya sekarang?
“Kerajaan atau rakyatnya?”

Sedangkan di Malaysia, kalian ada pelbagai polisi untuk membantu rakyat untuk terus maju.

“Are you an idiot?”

“Najib tidak bagus?” … Aku tidak pernah nampak kerajaan Singapura bersikap rendah diri dengan kerajaan Malaysia sehinggalah tiba waktu pentadbiran Najib.

Najib sangat bijak membuat rundingan usahasama dengan Singapura. Sedangkan yang lain datang ke sini sering diberi perjanjian yang tidak menguntungkan Malaysia atau tidak berpihak kepada Malaysia.

Mungkin tidak pandai membuat rundingan contohnya seperti Perjanjian Air Malaysia-Singapura.

“Are you an idiot?”

Kami mempunyai 300,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sini. Mengapa kurang daripada 0.5% sahaja yang mahu tinggal di sini dan menjadi rakyat Singapura?

Kalau Singapura itu betul-betul bagus, mengapa mereka tidak mahu menukar kerakyatan?

“Are you an idiot?”

Tahukah anda, ramai orang Singapura mengumpul duit untuk berpindah keluar negara?

Berpindah ke US, Canada, Australia, New Zealand, Malaysia, Fiji dan lain-lain. Jika Singapura begitu bagus, kenapa kami mahu keluar?

The truth is, Singapore is a bubble and the government will ensure the bubble wont burst.

For any really bad news about Singapore, kalian tidak akan mendengarnya. Apa yang akan keluar tentang political activist seperti saya adalah character assasination.

Tahukah anda juga, kerajaan Singapura harus mengambil 200,000 rakyat baru dari China dan India untuk cover the lost of People due to migration setiap tahun?

Yes. Ramai dah tinggalkan Singapura.

“Are you an idiot?”

Sebenarnya, apa motif kalian menghina negara kalian sendiri? Adakah mahu dilihat lebih cerdik dari bangsa asing atau dari rakyat Malaysia yang lain?

Tidak, kami hanya melihat kalian dan merasa, wow !!

“Pengkhianat kepada negara, when you insult your own country, no matter you Malay, Chinese or Indian.”

Do you think we think that you are smarter or different from the rest? No !! We look at you and think da f**k? What a traitor !!

Do you still want to be an idiot?

ITS YOUR CHOICE !!

PemantauMalaysiaBaru

MelayuBangkit

3

UMMAH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TIGA PEMIMPIN PH

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), pada Isnin (4 Mei) akan membuat laporan polis ke atas tiga pemimpin Pakatan Harapan yang didapati cuba menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang DiPertuan Agung serta Institusi Raja-Raja Melayu, apabila mengulas isu berkaitan peralihan kuasa dari Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional, ekoran perletakan jawatan secara mengejut Tun Dr. Mahathir Mohammed sebagai Perdana Menteri Ke-7, pada Mac lalu.

Pengerusi UMMAH Malaysia, Mohd Zai Mustafa berkata, pihaknya telah menerima dan meneliti rakaman video ucapan ketiga- tiga pemimpin Pakatan Harapan tersebut iaitu Dato’ Saifufdin Nasution, Setiausaha Agung PKR dan Datuk Seri Dr Zulkifli Ahmad serta Khalid Samad, Ahli Jawatankuasa Amanah yang secara jelas dan tersirat di dalam ucapan mereka cuba menyemai bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap Yang DiPertuan Agung institusi serta Institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya, rakaman ucapan ketiga-tiga pemimpin PH tersebut berlaku di dalam program yang berasingan, ia boleh ditonton melalui pautan iaitu https://www.facebook.com/watch/live/?v=2508099579450590 (Dato Saifuddin Nasution), https://www.facebook.com/watch/live/?v=2686565458245277 (Datuk Seri Dr. Zulkifle Ahmad ) dan https://www.facebook.com/watch/?v=206176710599038 (Khalid Samad).

Sehubungan itu, UMMAH telah mengarahkan kepada semua kepimpinan UMMAH setiap negeri agar membuat laporan polis berhubung kenyataan yang di buat oleh ketiga-tiga pemimpin PH tersebut.

Laporan ini di buat bertujuan minta pihak Polis segera membuat siasatan ke atas ketiga-tiga pemimpin PH berkenaan, kerana ucapan tersebut di lihat boleh mempengaruhi penyokong mereka (PH), bersikap dan bertindak tidak memberi kesetiaan, sekaligus membenci Yang DiPertuan Agung dan Institusi Raja-Raja Melayu yang merupakan tunggak pemerintahan dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara Malaysia.

Justeru, UMMAH minta, Polis siasat mereka di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan, tegasnya.

“Kita mahu Polis bertindak tegas dalam hal (ucapan) yang sebegini, tidak kira siapapun yang melakukannya, kerana ia boleh mencetuskan ketidakstabilan serta menggugat keharmonian kehidupan dalam masyarakat di negara ini, tegasnya.

  • Media DailyUMMAH

Altantuya.

Cerita Altantuya ni bermula sbgai kes orang hilang, ada satu report polis yg dia sendiri buat sebelum kejadian hilang dan bunuh.

Dia menyatakan yg dia nak menuntut wang drpd rakan lelaki dia, Razak baginda, dan dia telah diugut dan di-harass.

Kes simple, dia mintak duit drpd Razak baginda, tapi kemudian hilang, dan dijumpai terbunuh.

Hasil siasatan polis juga mendapati memang mereka bertiga – Razak baginda, sirul dan azilah ada berhubung melalui sms

Tapi kemudian, mula la keluar cerita kononnya cuba kaitkan dgn DATUK SERI NAJIB

Mula-mula keluar gambar kononnya Altantuya makan bersama Razak baginda dan DSN tapi kemudiannya selepas PRU14, disahkan palsu.

Lepas tu keluar cerita DS Rosmah pulak terlibat dan ada di tempat kejadian di Bkt Cherakah, tapi sebenarnya terbukti DS Rosmah ada bersama anak-anak yatim dlm satu program di Tabung Haji malam kejadian, siap ada gambar sbgai bukti

Kemudian keluar cerita Altantiya kononnya jurualih bahasa utk deal Scorpene dan berada di Paris bersama DSN. Tapi pihak imigresen sahkan sistem menunjukkan Altantuya tak pernah masuk ke France.

Pasukan Scorpene juga sahkan deal dibuat dlm English dah tak perlu dialihbahasa oleh mana-mana jurubahasa.

Kerja Altantuya dlm nk melibatkan DSN juga pelik, mula-mula model, lepas tu tukar jd jurualih bahasa, kemudian tukar pula kerja “perisik asing”.

Cerita berubah-ubah, bercanggah- canggah.

Difikirkan balik, kalau betul DSN terlibat, awal-awal dlm repot polis Altantuya akan disebut nama DSN!